Thursday, 19 November 2015

MUSYAWARAH PRISMA :)

Musyawarah PRISMA ke-4 (akhir tahun 2015)

Telah ditetapkan bahawa tarikh 1/12/15, usrah mingguan PRISMA yang dijalankan dalam aplikasi akan mula dijalankan seperti biasa setelah sekian lama menyepi, iaitu 2 kali sehari sperti berikut:

* SELASA - Slot Bebas
*JUMAAT - Slot Sirah & Tokoh

PROTOKOL USRAH !

-Usrah akan bermula jam 9.30 malam di MKU ikhwan dan akhowat (group secara berasingan)

-Kemasukan ahli ke MKU akan bermula jam 8 malam sehingga 9.25 malam
*kepada mana-mana pembaca yang berminat untuk menyertai, boleh lah memberikan nama dan no. anda kepada Ahli Majlis kami iaitu : 

IKHWAN : Akhi Nas (017-576 8835)
                  Akhi Imran (011-1931 2121)
AKHOWAT : Ukhti Incheish (019-766 3186)
                     Ukhti Ar-Rayyan (014-269 6936)

-Maklumat lanjut seperti sinopsis, banner mengenai tajuk yang akan dibincangkan (InsyaAllah akan diberitahu secara terperinci di blog ini selewat lewatnya sehari sebelum usrah bermula) 

-Mana-mana pembaca atau ahli haruslah menghormati setiap peraturan dalam group supaya perbincangan dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

#PRISMA 
(Dakwah,Tarbiyyah, Ukhuwah)



PENGENALAN RASMI PRISMA

Group PRISMA.

SM stands for Syababul Muslimeen.

Syababul Muslimeen bermaksud "Pemuda Muslimeen"


Sememangnya dari segi makna, "syabab" bermaksud 'pemuda'. Tetapi makna "syabab" di sini ialah "Isnad Majazi" atau majaz (kiasan) yang menunjukkan kekuatan, keberanian dan kegagahan. 

Muslimeen pula digunakan sebagai kata jama' untuk Muslim, yang bermaksud Orang-orang Islam

Syababul Muslimeen pada mulanya ditubuhkan pada bulan Disember tahun 2013 . Namun kumpulan ini telah dibubarkan atas sebab-sebab tertentu.

Walaubagaimana pun, atas inisiatif pelbagi pihak dan semangat yang berpanjangan serta dorongan yang telah diberikan. Kini Syababul Muslimeen (SM) telah dinaiktaraf menjadi Pertubuhan Remaja Islam Syababul Muslimeen (PRISMA) 




  • Group ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi muda islam masa kini untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Di samping merapatkan ukhuwah sesama orang Islam dan mendidik jiwa menjadi Muslimeen yang sejati.               
  • Group di bawah pengawasan SM ini menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menyebarkan sebarang aktiviti / program kami.                                                                                           
  •  Blog ini digunakan untuk memberikan sebarang maklumat mengenai tajuk perbincangan, program dan aktiviti yang kami lakukan kepada masyarakat sejagat. 

Semoga dengan hasrat kami ini, sayap dakwah islamiah dapat diperkembangkan dengan meluas di atas bumi Allah SWT ini.
>Jazakumullahu khairan<